Jumaat, 25 Mei 2018

KAWAN MAKAN KAWAN!


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas di muka bumi Allah dan ucapkan syukur ke hadrat ilahi. Sebelum itu ada yang nak dapatkan bag makeup percuma? Follow page  https://www.facebook.com/AlluraPureVitaminCN9/. 








Hari ini kak zue menaip atas pengalaman sendiri yang terkena kali ke dua dengan orang yang sama. Hidup ini selalu terjadi pekara yang tak di jangka dan sering berlaku pekara-pekara yang mengejutkan. Di saat kita mula mempercayai seseorang itu dengan sepenuh hati, di saat itu ianya menghancurkan kepercayaan...cewah.

Rasullulah seorang yang sangat menyayangi sabahatnya dan sahabatnya begitu memuliakan baginda. Persahabatan mereka begitu agung dan saling bantu membantu. Tetapi apa yang sering terjadi dalam masyarakat kita bahawa persahabatan itu hanya mampu di zahirkan melalui perkataan dan pertuturan tetapi tidak seiring dengan apa yang di perkatakan.

Tikam belakang atau dalam bahasa English (backstabber) ,kerana istilah ini selalunya dikaitkan dengan perbuatan khianat seorang kawan terhadap kawan lain terutamanya kawan rapat yang boleh dikatakan "hang out" bersama dan sebagainya. Kenapa berlaku khianat terhadap kawan sendiri ?

Kerana harta, pangkat, kedudukan , dan pengaruh ,sahabat yang baik mampu bergaduh untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Sehinggakan sanggup tikam kawan baiknya dari belakang. Tidak di nafikan ianya pernah berlaku dalam hidup kak zue. 

Kerana dambakan perhatian, pujian, sokongan dan kroni dalam persekitaran sahabat sanggup bergaduh dan memburukkan sahabat sendiri. sanggup sebar fitnah agar kawan tidak mendapat position yang lebih baik atau burukkan nama kawan pada orang lain termasuk pada musuh sahabat. Kebiasannya kerana takut kawan lebih popular dan lebih disayangi bak kata orang takut pekungnya terdedah maka lebih baik dia buka aib orang sebelum kelemahan sendiri terdedah takut dengan bayangan sendiri. Bahaya orang seperti ini jika ada dalam kehidupan kita.

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
§  Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
§  Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
§  Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
§  Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
§  Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
§  Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
§  Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
§  Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
§  Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
§  Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
§  Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
§  Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
§  Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
§  Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
§   
Sebenarnya banyak hadis yang berkaitan dengan sabahat mahupun kawan baik, jadi acik sertakan sedikit untuk kamu.

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”
(Hadis riwayat Muslim)
 

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.”(Surah at-Taubah, ayat 119)

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya  ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim)

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

Akhir kata dari acik, berhati-hati memilih kawan, jangan terlalu mudah mempercayai orang lagi-lagi baru kenal. Jangan beritahu rahsia kamu sepenuhnya dan sentiasa ada sedikit keraguan dalam persahabatan. 




Kak zue copypaste dr blooger lain #kelabbloggerbenashaari sebagai pedoman buat diri sendiri dan juga orang lain.



Sabtu, 28 April 2018

CARA ASINGKAN DUIT GAJI DAN DUIT BISNESS

Assalamualaikum korang...

Lama tak sharing benda2 berfaedah dengan semua. So hari ni kita start dengan perkongsian yang menguntungkan 😍

Okay.. ini cara yg kita guna camne untuk asingkan duit biz dgn duit sendiri menggunakan 1 acc bank. Bank yg kita guna adalah bank Maybank. Caranya mudah je.. korang hanya perlu buka acc semasa Maybank.

Account Premier kita guna sbg acc biz
Account Basic kita guna sbg acc duit belanja

So setiap kali cust bankin duit, korang dah boleh asingkan siap-siap. Then xde lah kes terpakai duit cust kan.Langkah-langkahnye adalah seperti berikut: 

1. First sekali login maybank2u. Click "Apply Online" tu.



2. Click kat "Maybank2u Premier".





3. Isikan details korang kat sini. Biasanya akan automatik dah terisi ikut info yang korang bagi time bukak akaun dulu. Kalau ada info yang berubah just edit je. Pastu click next. Minumum amount untuk bukak akaun ni RM500 tau. Maksudnya korang kene transfer RM500 daripada akaun sedia ada korang tu kepada akaun Premier ni. Lepas dah ada akaun ni nanti, boleh je internal transfer antara 2 akaun tu. RM500 ni hanya permulaan untuk bukak akaun je.

4. Lepas yakin semua betul, klik confirm dan submit pastikan data yang anda isi semuanya betul.

5. Nombor akaun CURRENT ACCOUNT akan diberikan serta merta. Sila print dan simpan.

6. Setel! Nanti korang akan dapat email yang bagitau akaun korang dah berjaya dibuka.

7. log in semula dan klik ruangan Account & Banking. Korang boleh lihat 2 akaun terpapar, satu personal satu lagi current account korang dah boleh terus melakukan transaksi online. 

8. Yeay!!! Dah ada 2 akaun so dh boleh guna utk asingkan duit biz 😎




Info Tambahan: Proses ni hanya pada waktu bekerja saja 8am-5pm.

Berapa limit transaksi online kalau CURRENT ACCOUNT? Unlimited sebab CURRENT ACCOUNT untuk heavy duty hehehe! Selamat mencuba semua!









Sabtu, 31 Mac 2018

KENAPA DIET KALORI TAK BERKESAN KEPADA SESETENGAH ORANG??

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua...

Jom kita crite pasal makanan lagi. Kali ni kupas tentang diet kalori. Ramai yang amalkan diet kalori untuk dapatkan berat badan yg ideal dan nak kurus. Tapi ramai yang tak berjaya dan give up bila berat badan tak kekal slym.

Kenapa dah amalkan diet kalori tapi tak jugak kurus-kurus?? 

Inilah penyebab kenapa diet kalori tak bertahan lama pada sesetengah orang. Diet kalori ni adalah diet yang biasa dilakukan sesetengah orang. Tapi majoritinya ramai dikalangan kita yang mengamalkan diet kalori ni tak mampu bertahan lama dan tak berhasil.

Nak tau kenapa?

Sebabnya terdapat toxin atau racun dalam tubuh kita yang tidak dikeluarkan. Toxin dalam tubuh merupakan sisa pembuangan yang tidak dikeluarkan kerana fungsi organ pengeluaran yang tidak berfungsi dengan lancar (sembelit) dan dalam masa yang sama kita menambah lagi jumlah toxin melalui makanan harian kita.









Salah satu toxin yang sangat rapat dalam tubuh kita dipanggil Miquid Plague. Miquid Plugue ini terdapat pada usus besar kita dan ia merupakan pengumpulan zat toxin atau racun pada tubuh. Miquid plugue merupakan tinja kering yang melekat pada dinding usus dan melekat seperti magnet, menarik zat sisa makanan. Berat Miqued Plague ini boleh mencecah sehingga 3 ke 12 kilo. Kenapa ada Miqued Plague pada usus kita? Sebab setiap hari apa yang kita makan meninggalkan zat sisa. Zat sisa inilah yang menjadi metabolisme dalam tubuh kita. Tapi bila proses pembuangan kita tidak lancar, pengumpulan zat metabolisme ni lah yang akan membentuk zat racun atau toxin. Jadi itulah puncanya kenapa diet kalori tidak berhasil kepada sesetengah individu.

So kalau nak berhasil dalam diet kalori perkara pertama yang korang kena lakukan adalah detox, dan keluarkan zat racun dalam tubuh. Apabila toxin dah berjaya keluar dari tubuh kita dah tak perlu lagi cemas dengan masalah berat badan naik lagi.

Cara MUDAH dan TERBAIK untuk DETOX !
korang boleh amalkan setiap hari minum segelas air Vit C Allura. Lakukan setiap hari setiap kali lepas bangun tidur sebelum ambil apa-apa makanan yang lain. Vit C berperanan membantu tubuh membina antibodi dalam badan dan dapat membantu tubuh membersihkan toxin dalam badan.
Then seterusnya setengah jam kemudian boleh la korang ambil sikit breakfast sihat dan minuman berkhasiat MILA untuk sumber tenaga sepanjang hari.

Macam mana nak dapatkan Vit C asli Allura dan Mila Coklat slym?

Korang boleh dapatkan sama ada melalui order post atau cod. Yang berada di sekitar seremban boleh COD di Tesco Seremban Jaya. Contact no ni untuk sebarang pertanyaan atau order :017-669 0663

MENU DI AMBANG RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua...

Hai korang, hari minggu mcm ni je diri ni ada kesempatan untuk mengarang lelebey. Sebab hari-hari lain tu tersangatla busy dengan urusan donia...Diri ni tak kemana-mana hari ni sebab en somi ada job kt kedai. Jadi rutin suri rumah sepenuh masa digalas dengan cemerlang seperti minggu-minggu cuti sebelum ni.


Kali ni nak cerita pasal makanan plak. Yelah kita kan makan MILA jadi kita nak kongsi dan ceritalah dengan korang benda-benda yang relate dengan makanan ni. Eh ! sebelum tu korang perasan tak yang bulan puasa tinggal beberapa hari je lagi. korang-korang dah ganti puasa tahun lepas ke blum? Kalau belum, cepat-cepat ganti sebelum terlajak fidyah ke tahun depan.heheheheee😅


So apa preparation menu sahur korang nanti menjelang hari-hari akhir diambang ramadhan ni ?


Tips Menu Sahur Yang Sihat

1) Kurma
Tinggi dengan kandungan serat yang sangat baik untuk pencernaan. Ambil sekurang-kurangnya 3 biji sewaktu sahur bersama dengan segelas air putih.


2) Oat
Pengambilan oat juga akan membekalkan tenaga sewaktu berpuasa. Tambah hidangan oat dengan buah-buahan seperti pisang, strawberi atau mungkin kacang.

3) Telur
Bersahur dengan telur akan membekalkan protein dan tenaga sepanjang hari. Anda akan berasa lebih kenyang jika mengambil telur sewaktu bersahur.
4) Kentang
Kentang akan membuatkan perut lebih kenyang berbanding roti. Hidangan kentang boleh dipelbagaikan seperti kentang panggang atau kentang putar.

5) Kacang
Kacang merupakan sumber lemak, protein dan serat yang baik. Pelbagaikan pengambilan kacang. Tempe juga boleh jadi menu yang menarik kerana ianya diperbuat daripada kacang tapi aku tak suka tempe.. Hehehe..

6) Ikan
Ikan yang dibakar boleh juga dihidang bersama sayur-sayuran akan membuka selera sewaktu sahur. Kalau rasa tak tahu nak masak macam mana, korang boleh kukus ikan tu. Yummy, mesti sedap tu.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua. Korang yang nak diet tu boleh la amalkan tips menu sahur ni. InsyaAllah, raya ni korang mesti tubuh korang slim melim gituu. Pada yang nak dapatkan MILA minuman berkhasiat untuk tubh sihat boleh  wasap kita di no 017-669 0663 untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Selamat  bersahur dan selamat berpuasa.. 







Sabtu, 10 Mac 2018

PUJUK ANAK BUAT SESUATU




Guna Teknik Ni Untuk Pujuk Anak Buat Sesuatu

Nak anak buat benda yang besar, biarkan anak setuju untuk buat benda kecil dulu

Contoh nak pujuk anak mandi

Ambil persetujuan anak dulu untuk
- bangun daripada tempat tidurnya
- buka bajunya
- buka pampersnya
- dan lain2

Kalau benda kecil ni semua anak dah setuju biasanya lagi mudah nak pujuk anak mandi. Kalau hal kecil pun kita dah memaksa, biasanya hal besar nanti anak kita akan lebih reject

CINTA DUNIA vs CINTA ALLAH





Cinta dunia dan cinta Allah sesekali tidak boleh berkongsi di dalam satu hati yang sama.
Hati kita ini cuma memiliki satu pilihan sahaja dan tidak akan mampu mengisi kedua-dua pilihan tersebut.



Pilih Allah atau Pilih Dunia..??



Apabila hati kita nie lebih mencintai dunia, akan meranalah akhirat. Pesan salah seorang guru sifu masih terngiang-ngiang di telinga sifu hingga ke saat ini,



"Kamu ingat manusia sahaja tahu cemburu, Allah itu Maha Cemburu andai di hati mu itu ada benda lain selain Allah SWT. Itu rumah Dia..Baitulhaqqi illa Allah. Mana mungkin ada benda lain boleh bertakhta di situ"



Hadis Nabi SAW :
"Barangsiapa mencintai dunia, nescaya membawa kepada melarat akhiratnya. Dan barangsiapa mencintai akhiratnya, nescaya membawa melarat kepada dunianya. Maka utamakanlah yang kekal, atas apa yang fana"
(Ihya Ulumiddin Jilid 5 halaman 9)



Apabila dunia dihadapkan maka akan berpalinglah akhirat. Apabila dunia dikasihi maka haramlah akan beroleh cinta Allah. Beralihlah kiblat hati.



Maka hati akan menghadapi dunia dengan nafsu yang tidak akan cukup untuk selama-lamanya. Akhirnya luputlah benih-benih cinta kepada Allah dan luputlah seseorang itu dari darjat hamba Allah. Akuan sebagai hamba Allah itu hanya sekadar mainan di hujung bibir mulut sahaja tetapi pada hakikatnya adalah hamba dunia, hamba nafsu, hamba pejabat, hamba ringgit, hamba harta dan sebagainya kerana nafsu telah menjadi tuhannya.

Khamis, 1 Mac 2018

ROLLED OAT DALAM MILA



Salam Jumaat korang semua.😍😘 Masihh bersemangat dengan azam kurus tahun ni ke? nak kurus tak sebelum raya ni. Jom consume MILA coklat kurus. Berebut-rebut orang beli tau. Dalam MILA ni ada sejenis OAT yang bila kita makan memang rasa puas sangat dan kenyang.

OAT yang ada dalam MILA adalah jenis ROLLED OAT! Tak sama macam instant oat yang biasa dijual kat pasaraya tu. dalam MILA adalah ROLLED OAT. Sebab tuh harga mila agak pricey. 😁
.
MILA ni bukan supplement kurus yang buat cirit birit, yang minum mila takyah exercise tak yah diet boleh kurus, yang bakar lemak tanpa exercise. NO! NO! NO! 🙅🙅🙅
.
TAPI membantu kawal selera makan pada mereka yang nak diet. Sebab bila diet kena makan kuantiti sedikit, jadi memang kita takkan rasa kenyang jadi MILA ni bantu kita rasa kenyang dengan 110 kalori sahaja. 😍😍😍 .
Dan salah satu fungsi OAT adalah untuk bantu kita rasa kenyang...and rasa MILA memang sedap dari milo.👍🍫
.
kat sini kak zue share link artikel berkait OAT...mudah mudhan dapat membantu...👇
.
http://www.mingguanwanita.my/bagi-yang-nak-diet-untuk-kuru…/
.
So, Korang pagi ni breakfast ape? kak zue minum Mila dan roti cream je pg td 😊



ASSALAMUALAIKUM JUMAAT. Siapa yg dah bervitamin C pagi ni? 🙋‍♀️



Assalamualaikum selamat pagi semua 😊 😘 Supplement Vitamin C yg berkesan utk setiap orang yg ada masalah jerawat dan kulit kusam serta mcm2 masalah kulit yg lain. 
.
.
Vit c ni kak zue pastikan xpernah skip sekali pun amalkan. Amalkan setiap pagi satu sachet utk bagi kulit glowing sepanjang hari dan boost energy kita sekali..😍👍
.
.
#alluraofficialnegerisembilan http://AlluraPureVitC.wasap.my





BILA NAK KURUS?


Bila nak kurus tuh? 👀😛
.
Biasanya masalah susah nak kurus ni bila kita sendiri tak dapat nak kawal selera makan, mana kenyang makan sikit kan.
.
Sebab tuh MILA COKLAT SLYM ni di hasilkan, untuk membantu kita kawal selera makan dan rasa kenyang lebih lama giteww.
.
Nak order boleh watsap 017-2364209 okey😘 Follow fb kak zue untuk info confirm kurus sebelum raya https://www.facebook.com/AlluraPureVitaminCN9/



#tipsdietsihat #tipskurus#milacoklatkurus

https://azueallura.blogspot.my/

Ahad, 18 Februari 2018

SKIL HEBAT SIFIR DALAM 5 SAAT!



Terimalah hakikat di abad ni, yang skill sifir anak-anak sekarang jauh lebih advance, hebat dan canggih lagi terre dari zaman kita generasi Y.  😆
.
.
Satu lagi perkongsian menarik yang aku baca dari perkongsian Sarah Rahim dan aku sedut buat simpanan dan kegunaan pada anak-anak aku nanti. 
.
.
Terima kasih pada  Sarah Rahim kerana berkongsi ilmu yang baik khasnya untuk aku. 




BUANG CALAR DAN WATER MARKS ATAS BODY KERETA

  Yeahhh..... im back..after long vacation (bertahun tak menulis due to PKP) So as warm up, saya up satu aktiviti biasa yang dah lama tak da...