Sabtu, 31 Mac 2018

MENU DI AMBANG RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua...

Hai korang, hari minggu mcm ni je diri ni ada kesempatan untuk mengarang lelebey. Sebab hari-hari lain tu tersangatla busy dengan urusan donia...Diri ni tak kemana-mana hari ni sebab en somi ada job kt kedai. Jadi rutin suri rumah sepenuh masa digalas dengan cemerlang seperti minggu-minggu cuti sebelum ni.


Kali ni nak cerita pasal makanan plak. Yelah kita kan makan MILA jadi kita nak kongsi dan ceritalah dengan korang benda-benda yang relate dengan makanan ni. Eh ! sebelum tu korang perasan tak yang bulan puasa tinggal beberapa hari je lagi. korang-korang dah ganti puasa tahun lepas ke blum? Kalau belum, cepat-cepat ganti sebelum terlajak fidyah ke tahun depan.heheheheee😅


So apa preparation menu sahur korang nanti menjelang hari-hari akhir diambang ramadhan ni ?


Tips Menu Sahur Yang Sihat

1) Kurma
Tinggi dengan kandungan serat yang sangat baik untuk pencernaan. Ambil sekurang-kurangnya 3 biji sewaktu sahur bersama dengan segelas air putih.


2) Oat
Pengambilan oat juga akan membekalkan tenaga sewaktu berpuasa. Tambah hidangan oat dengan buah-buahan seperti pisang, strawberi atau mungkin kacang.

3) Telur
Bersahur dengan telur akan membekalkan protein dan tenaga sepanjang hari. Anda akan berasa lebih kenyang jika mengambil telur sewaktu bersahur.
4) Kentang
Kentang akan membuatkan perut lebih kenyang berbanding roti. Hidangan kentang boleh dipelbagaikan seperti kentang panggang atau kentang putar.

5) Kacang
Kacang merupakan sumber lemak, protein dan serat yang baik. Pelbagaikan pengambilan kacang. Tempe juga boleh jadi menu yang menarik kerana ianya diperbuat daripada kacang tapi aku tak suka tempe.. Hehehe..

6) Ikan
Ikan yang dibakar boleh juga dihidang bersama sayur-sayuran akan membuka selera sewaktu sahur. Kalau rasa tak tahu nak masak macam mana, korang boleh kukus ikan tu. Yummy, mesti sedap tu.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua. Korang yang nak diet tu boleh la amalkan tips menu sahur ni. InsyaAllah, raya ni korang mesti tubuh korang slim melim gituu. Pada yang nak dapatkan MILA minuman berkhasiat untuk tubh sihat boleh  wasap kita di no 017-669 0663 untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Selamat  bersahur dan selamat berpuasa.. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BUANG CALAR DAN WATER MARKS ATAS BODY KERETA

  Yeahhh..... im back..after long vacation (bertahun tak menulis due to PKP) So as warm up, saya up satu aktiviti biasa yang dah lama tak da...