Sabtu, 28 April 2018

CARA ASINGKAN DUIT GAJI DAN DUIT BISNESS

Assalamualaikum korang...

Lama tak sharing benda2 berfaedah dengan semua. So hari ni kita start dengan perkongsian yang menguntungkan 😍

Okay.. ini cara yg kita guna camne untuk asingkan duit biz dgn duit sendiri menggunakan 1 acc bank. Bank yg kita guna adalah bank Maybank. Caranya mudah je.. korang hanya perlu buka acc semasa Maybank.

Account Premier kita guna sbg acc biz
Account Basic kita guna sbg acc duit belanja

So setiap kali cust bankin duit, korang dah boleh asingkan siap-siap. Then xde lah kes terpakai duit cust kan.Langkah-langkahnye adalah seperti berikut: 

1. First sekali login maybank2u. Click "Apply Online" tu.



2. Click kat "Maybank2u Premier".





3. Isikan details korang kat sini. Biasanya akan automatik dah terisi ikut info yang korang bagi time bukak akaun dulu. Kalau ada info yang berubah just edit je. Pastu click next. Minumum amount untuk bukak akaun ni RM500 tau. Maksudnya korang kene transfer RM500 daripada akaun sedia ada korang tu kepada akaun Premier ni. Lepas dah ada akaun ni nanti, boleh je internal transfer antara 2 akaun tu. RM500 ni hanya permulaan untuk bukak akaun je.

4. Lepas yakin semua betul, klik confirm dan submit pastikan data yang anda isi semuanya betul.

5. Nombor akaun CURRENT ACCOUNT akan diberikan serta merta. Sila print dan simpan.

6. Setel! Nanti korang akan dapat email yang bagitau akaun korang dah berjaya dibuka.

7. log in semula dan klik ruangan Account & Banking. Korang boleh lihat 2 akaun terpapar, satu personal satu lagi current account korang dah boleh terus melakukan transaksi online. 

8. Yeay!!! Dah ada 2 akaun so dh boleh guna utk asingkan duit biz 😎




Info Tambahan: Proses ni hanya pada waktu bekerja saja 8am-5pm.

Berapa limit transaksi online kalau CURRENT ACCOUNT? Unlimited sebab CURRENT ACCOUNT untuk heavy duty hehehe! Selamat mencuba semua!









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BUANG CALAR DAN WATER MARKS ATAS BODY KERETA

  Yeahhh..... im back..after long vacation (bertahun tak menulis due to PKP) So as warm up, saya up satu aktiviti biasa yang dah lama tak da...