Sabtu, 10 Mac 2018

CINTA DUNIA vs CINTA ALLAH





Cinta dunia dan cinta Allah sesekali tidak boleh berkongsi di dalam satu hati yang sama.
Hati kita ini cuma memiliki satu pilihan sahaja dan tidak akan mampu mengisi kedua-dua pilihan tersebut.



Pilih Allah atau Pilih Dunia..??



Apabila hati kita nie lebih mencintai dunia, akan meranalah akhirat. Pesan salah seorang guru sifu masih terngiang-ngiang di telinga sifu hingga ke saat ini,



"Kamu ingat manusia sahaja tahu cemburu, Allah itu Maha Cemburu andai di hati mu itu ada benda lain selain Allah SWT. Itu rumah Dia..Baitulhaqqi illa Allah. Mana mungkin ada benda lain boleh bertakhta di situ"



Hadis Nabi SAW :
"Barangsiapa mencintai dunia, nescaya membawa kepada melarat akhiratnya. Dan barangsiapa mencintai akhiratnya, nescaya membawa melarat kepada dunianya. Maka utamakanlah yang kekal, atas apa yang fana"
(Ihya Ulumiddin Jilid 5 halaman 9)



Apabila dunia dihadapkan maka akan berpalinglah akhirat. Apabila dunia dikasihi maka haramlah akan beroleh cinta Allah. Beralihlah kiblat hati.



Maka hati akan menghadapi dunia dengan nafsu yang tidak akan cukup untuk selama-lamanya. Akhirnya luputlah benih-benih cinta kepada Allah dan luputlah seseorang itu dari darjat hamba Allah. Akuan sebagai hamba Allah itu hanya sekadar mainan di hujung bibir mulut sahaja tetapi pada hakikatnya adalah hamba dunia, hamba nafsu, hamba pejabat, hamba ringgit, hamba harta dan sebagainya kerana nafsu telah menjadi tuhannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BUANG CALAR DAN WATER MARKS ATAS BODY KERETA

  Yeahhh..... im back..after long vacation (bertahun tak menulis due to PKP) So as warm up, saya up satu aktiviti biasa yang dah lama tak da...