Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas
di muka bumi Allah dan ucapkan syukur ke hadrat ilahi. Sebelum itu ada
yang nak dapatkan bag makeup percuma? Follow
page https://www.facebook.com/AlluraPureVitaminCN9/.
Hari ini kak
zue menaip atas pengalaman sendiri yang terkena kali ke dua dengan orang yang
sama. Hidup ini selalu terjadi pekara yang tak di jangka dan sering berlaku
pekara-pekara yang mengejutkan. Di saat kita mula mempercayai seseorang itu
dengan sepenuh hati, di saat itu ianya menghancurkan kepercayaan...cewah.
Rasullulah seorang yang sangat
menyayangi sabahatnya dan sahabatnya begitu memuliakan baginda. Persahabatan
mereka begitu agung dan saling bantu membantu. Tetapi apa yang sering terjadi
dalam masyarakat kita bahawa persahabatan itu hanya mampu di zahirkan melalui
perkataan dan pertuturan tetapi tidak seiring dengan apa yang di perkatakan.
Tikam belakang atau dalam bahasa English
(backstabber) ,kerana istilah ini selalunya dikaitkan dengan perbuatan khianat
seorang kawan terhadap kawan lain terutamanya kawan rapat yang boleh dikatakan
"hang out" bersama dan sebagainya. Kenapa berlaku khianat terhadap
kawan sendiri ?
Kerana harta, pangkat, kedudukan , dan
pengaruh ,sahabat yang baik mampu bergaduh untuk mendapatkan apa yang mereka
inginkan. Sehinggakan sanggup tikam kawan baiknya dari belakang. Tidak di
nafikan ianya pernah berlaku dalam hidup kak zue.
Kerana dambakan perhatian, pujian,
sokongan dan kroni dalam persekitaran sahabat sanggup bergaduh dan
memburukkan sahabat sendiri. sanggup sebar fitnah agar kawan tidak
mendapat position yang lebih baik atau burukkan nama kawan pada orang lain
termasuk pada musuh sahabat. Kebiasannya kerana takut kawan lebih popular dan
lebih disayangi bak kata orang takut pekungnya terdedah maka lebih baik dia
buka aib orang sebelum kelemahan sendiri terdedah takut dengan bayangan
sendiri. Bahaya orang seperti ini jika ada dalam kehidupan kita.
Dalam Islam faktor memilih kawan amat
dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia,
kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada
kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak
kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi
kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan
corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan
menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “
Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu
meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “
Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya,
manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju
kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang
baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku,
sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah
engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
§ Jika engkau
berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
§ Jika engkau
rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
§ Jika engkau
memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
§ Jika engkau
menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
§ Jika dia
mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau
menyebut kebaikan kamu;
§ Jika dia
melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
§ Jika engkau
meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
§ Jika engkau
berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
§ Jika datang
sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
§ Jika engkau
berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
§ Jika engkau
merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
§ Jika kamu
berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga
kepentingan persahabatan.
§ Dia
membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan
maksiat
§ Dia mendorongmu
mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
§
Sebenarnya banyak hadis yang berkaitan
dengan sabahat mahupun kawan baik, jadi acik sertakan sedikit untuk kamu.
“Seorang Muslim adalah saudara muslim
lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan
tidak menghinakannya.”
(Hadis riwayat Muslim)
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat
akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat
gerak-gerinya teringat mati.”
Ayat yang mengisyaratkan mengenai
peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang
yang bersifat benar.”(Surah at-Taubah, ayat 119)
Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki
yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain.
Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan.
Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki
tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”.
Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap
balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah
malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada
engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu
mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim)
Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Sejahat-jahat
teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf
atau selalu mencari alasan.”
Akhir kata dari acik, berhati-hati
memilih kawan, jangan terlalu mudah mempercayai orang lagi-lagi baru kenal.
Jangan beritahu rahsia kamu sepenuhnya dan sentiasa ada sedikit keraguan dalam
persahabatan.
Kak zue copypaste dr blooger lain
#kelabbloggerbenashaari sebagai pedoman buat diri sendiri dan juga orang lain.