Daripada sebuah rumah teres yang kelihatan usang penuh dengan semak samun tidak terurus dihadapan rumah menjadi sebuah rumah yang tersergam indah seperti ala rumah diluar negara selepas mengubah suai deko laman rumahnya.
Menurut pemilik rumah ini, kediamannya ini telah telah dibeli pada tahun 2015 dan melakukan ubah suai pada tahun 2016 namun tidak di bahagian pagar kerana kekurangan bajet.
Namun meneruskan proses ubah suai dibahagian pagar pada tahun 2017 setelah mendapat 'sponsor' daripada suaminya.
Menjelaskan kenapa rumahnya diberi gelaran sebagai Birds House, ini adalah kerana rumahnya sangat digemari oleh burung-burung sehingga bilangan burung di kawasan rumahnya lebih banyak daripada manusia.
Melihat keadaan pagar yang rapat ke bahagian jalan, ramai netizen bertanya dimana pemilik meletakkan kenderaan memandangkan rumahnya tidak mempunyai tempat khas untuk meletakkan kenderaan.
Pemilik menjelaskan bahawa kenderaannya diletakkan di hadapan rumah seberang jalan yang difahamkan merupakan rumah ibunya.
2015 beli rumah
2016 reno rumah tapi bajet x der nak buat pagar
2017 suami sponser buat pagar
pokok bunga rose jepun x berapa galak berbunga..maklum la duduk dkt kawasan tadahan hujan kan
😉
why birds house??
sebab burong lagi bnyk dalam rumah berbanding manusia
💆
💆
jgn tnya saya tau parkir kereta dekat mana..pic last sekali..ada sy sertakan dimanakah tempat sy parkir kereta
😘

Credit : Suhaiza Safiie via DRKSK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan