Jumaat, 25 Mei 2018

KAWAN MAKAN KAWAN!


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas di muka bumi Allah dan ucapkan syukur ke hadrat ilahi. Sebelum itu ada yang nak dapatkan bag makeup percuma? Follow page  https://www.facebook.com/AlluraPureVitaminCN9/. 








Hari ini kak zue menaip atas pengalaman sendiri yang terkena kali ke dua dengan orang yang sama. Hidup ini selalu terjadi pekara yang tak di jangka dan sering berlaku pekara-pekara yang mengejutkan. Di saat kita mula mempercayai seseorang itu dengan sepenuh hati, di saat itu ianya menghancurkan kepercayaan...cewah.

Rasullulah seorang yang sangat menyayangi sabahatnya dan sahabatnya begitu memuliakan baginda. Persahabatan mereka begitu agung dan saling bantu membantu. Tetapi apa yang sering terjadi dalam masyarakat kita bahawa persahabatan itu hanya mampu di zahirkan melalui perkataan dan pertuturan tetapi tidak seiring dengan apa yang di perkatakan.

Tikam belakang atau dalam bahasa English (backstabber) ,kerana istilah ini selalunya dikaitkan dengan perbuatan khianat seorang kawan terhadap kawan lain terutamanya kawan rapat yang boleh dikatakan "hang out" bersama dan sebagainya. Kenapa berlaku khianat terhadap kawan sendiri ?

Kerana harta, pangkat, kedudukan , dan pengaruh ,sahabat yang baik mampu bergaduh untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Sehinggakan sanggup tikam kawan baiknya dari belakang. Tidak di nafikan ianya pernah berlaku dalam hidup kak zue. 

Kerana dambakan perhatian, pujian, sokongan dan kroni dalam persekitaran sahabat sanggup bergaduh dan memburukkan sahabat sendiri. sanggup sebar fitnah agar kawan tidak mendapat position yang lebih baik atau burukkan nama kawan pada orang lain termasuk pada musuh sahabat. Kebiasannya kerana takut kawan lebih popular dan lebih disayangi bak kata orang takut pekungnya terdedah maka lebih baik dia buka aib orang sebelum kelemahan sendiri terdedah takut dengan bayangan sendiri. Bahaya orang seperti ini jika ada dalam kehidupan kita.

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
§  Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
§  Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
§  Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
§  Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
§  Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
§  Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
§  Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
§  Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
§  Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
§  Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
§  Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
§  Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
§  Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
§  Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
§   
Sebenarnya banyak hadis yang berkaitan dengan sabahat mahupun kawan baik, jadi acik sertakan sedikit untuk kamu.

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”
(Hadis riwayat Muslim)
 

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.”(Surah at-Taubah, ayat 119)

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya  ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim)

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

Akhir kata dari acik, berhati-hati memilih kawan, jangan terlalu mudah mempercayai orang lagi-lagi baru kenal. Jangan beritahu rahsia kamu sepenuhnya dan sentiasa ada sedikit keraguan dalam persahabatan. 




Kak zue copypaste dr blooger lain #kelabbloggerbenashaari sebagai pedoman buat diri sendiri dan juga orang lain.



BUANG CALAR DAN WATER MARKS ATAS BODY KERETA

  Yeahhh..... im back..after long vacation (bertahun tak menulis due to PKP) So as warm up, saya up satu aktiviti biasa yang dah lama tak da...